Rabu, 24 November 2010

Hikayat Abdullah Munsyi (Munsyi Abdullah)


Hikayat Munsyi Abdullah adalah satu khazanah yang sangat berharga.
Beliau melihat dan memperhati serta memilih untuk mengikut landasan yang berbeza daripada kebiasaan masyarakat sezamannya.
Kritikannya yang jujur perlu difikirkan, dan sesuai / sangat sesuai kepada insan yang ingin mengejar rasa rendah hati dan menjadi lebih baik.

"bacalah hikayat ini, mudah-mudahan menjadi inspirasi..."

Rabu, 27 Oktober 2010

invictus

Invictus


Out of the night that covers me,

Black as the Pit from pole to pole,

I thank whatever gods may be

For my unconquerable soul.



In the fell clutch of circumstance

I have not winced nor cried aloud.

Under the bludgeonings of chance

My head is bloody, but unbowed.



Beyond this place of wrath and tears

Looms but the Horror of the shade,

And yet the menace of the years

Finds, and shall find, me unafraid.



It matters not how strait the gate,

How charged with punishments the scroll.

I am the master of my fate:

I am the captain of my soul.



William Ernest Henley

Ahad, 24 Oktober 2010

LIWAT = LAMBAT HAHAHAA

Liwat II: Karpal dijangka 'asak' doktor HKL




DAERAH TANPA TIE-JANGAN JADI SKEMA NANTI MASUK BUKIT PADANG

daun gugur takkan sia-sia

setelah lama berlari di danau kelam
akhirnya dia gugur.

setelah lama menghirup wangian dunia
akhirnya dia tertidur.
dalam kelam,
dia menutup mata derita
meninggalkan dunia fana.

tak berkesudahan hatinya
sambil memanggil semua yang pernah hadir di dalam ruang memori,
dia melihat semua yang hadir itu menangis
melihatnya berlari ke dunia baru.

dia telah tiada
di dalam kotak mata yang hadir tersurat
namun setia berdiri di
ruang minda.

sampai bila?

Khamis, 21 Oktober 2010

maka, lahirlah...bintang baru di angkasa raya.

saat ini,
semua telah bersedia
pada roh yang baru tertiup
pada tanah kecil di sana.

dan. lahirlah
bintang baru di angkasa raya.

ya, aku gembira
kerana tanah itu telah hidup
lalu perlahan membuka matanya
melihat dunia.

yang cerah,dalam
pangkuan seorang petani.
yang buta.

bertongkatkan sebatang cangkul
dia berdiri
tegak di bawah terik matahari
disapa oleh bayu yang ragu.

di depannya,
terbentang duka saujana mata memandang.

aku tanpa sedar,
mengalirkan titik air mata.

duka itu perlu dijuang
tapi bagaimana?

jika aku,
saat ini berdiri di tempat petani buta,
apakah akan mampu
untuk jiwa ini berdiri?

dan kau,
ya, kau yang berdiri megah di atas sana
celik tertawa memakan derita insan lain,
apa pula jiwamu?

nikmat hidup pada yang berusaha.

dedikasi pada: Pencinta nilai diri :A. Samad Said-Sungai Mengalir Lesu

seharian,
tanpa lelah berlari memijak duri hidup
di hutan derita
yang sungainya lesu mengalir  darah-darah insan,
merahnya berselang kotoran penyakit
yang wujud pada diri.

siapa, akan
melihatnya suci
hanya derita yang penuh tipu
dan helah


tanpa sedikitpun merencana
pada iklim diri
saat senja tiba
tiada yang terbuka
untuk terima.

apakah sudah,
semua yang punya jasad
punya kuasa untuk menepis
senja?

ah,
bukankah semua itu telah terbeli
oleh lelah lesu hidup subuh
yang subur?

dan,
tersadai di muara.
kembali.

apa erti hidup, jika prinsip membuat sengsara.

aku hairan dengan minda setiap insan, kadangkala sukar pula untuk percaya pada semua ini.
lihatlah sekeliling, lihat betapa banyaknya/ramainya insan yang sengsara, derita semata-mata hidupnya di landasan prinsip.
namun, aku mengerti bahawa setiap prinsip itu adalah asas kepada nilai diri seseorang. semakin teguh prinsip hidup insan itu, semakin tinggilah harga/ nilai dirinya.

dan, nilai diri ini takkan mampu dibeli oleh raja ataupun sultan, apatah lagi pecal/ anjing-anjing kurap di luar sana, yang begitu ramai menunggu di jalanan.

tapi aku juga mengerti betapa akhirnya prinsip-prinsip seperti inilah yang akhirnya akan menentukan bagaimana pengakhiran hidup insan-insan ini.
 walau demikian, aku cuba untuk belajar tentang nilai diri, yang menjadi pilihan sedikit insan, namun punya pengertian yang sangat tinggi.
insan-insan ini kerdil fizikal, namun ideologinya merentas angkasa raya.
sebagai insan, kita sendiri mempunyai pilihan ini, sama ada untuk melutut mencium semua hidangan yang ada di depan, atau tegak memilih naluri diri.

ramai memilih untuk mengaut, dan masih ramai yang melihat.
dan aku, kamu dan yang bakal tiba di landasan kehidupan ini, punya hak untuk memilih nilai diri masing-masing.

tingkat tiga

testing...

telah lama aku sepi,
jauh daripada arus normal.

jauh sepi di titik kelam,
namun tidak lupa
asal bertatih.

Selasa, 25 Mei 2010

aPA kerja YB?

selama ini aku seringkali terfikir,
apakah itu pekerjaan YB?

terlalu ramai orang yang bermimpi untuk bergelar,
sampai seringkali mereka mencaci-dusta pada bintang malam
tapi untuk apa?

bila semua itu hanya mainan bibir
sedang hati berkata lain.

dusta itu ilmu,
yang terpupuk sedari mula
bermain dengan mimpi bergelar,
sebab akan tiba masa,
mimpi jadi nyata,
namun mulut sudah terlalu busuk.

dan merekalah yang tersenyum
walau mulut sudah buruk.

Ahad, 23 Mei 2010

buku baru

TAJUK : DUSUN, BANGSA YANG GAGAL?
HELAIAN:56 MUKA SURAT
PENERBIT : TINGKAT TIGA PRESS LTD

STATUS:DALAM PERMOHONAN(AISBOK)

HARGA:RM 109.00

GULA-GULA

1950-an tiada 1Malaysia namun rakyat bersatu padu, hidup saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain
1990-an rakyat bersatu padu pada WAWASAN 2020

1998 rakyat sedar akan hak

2004 rakyat kembali muhasabah diri

2007 rakyat melihat -luat pada koridor

2008 rakyat bangun menuntut hak

2013 - ?

'1Malaysia rahmat untuk seluruh rakyat'


Mei 22, 10 8:55pm

Konsep 1Malaysia yang diilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu rahmat kepada rakyat di seluruh negara walaupun mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman.
Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak Datuk Seri William Mawan berkata ini kerana konsep itu dapat memastikan seluruh rakyat tidak ketinggalan daripada proses dan program pembangunan negara.
Beliau berkata di bawah gagasan 1Malaysia, mereka yang masih memerlukan bantuan untuk maju dan bergerak seiring dengan yang lain, akan diberi perhatian khusus.
"Inilah 1Malaysia, ia adalah tentang keadilan sosial dan rakyat terutama golongan minoriti di kawasan terpencil diberi perhatian sewajarnya," katanya ketika berucap pada perhimpunan 1Malaysia pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang George Chungut di Pakan dekat Sarikei hari ini.
Mawan seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada percubaan sesetengah pihak yang sengaja berhasrat memecah-belah perpaduan menerusi pelbagai cara.
"Mereka ini adalah orang yang gila kuasa. Mereka tidak akan teragak-agak untuk mengeksploitasi isu kaum, agama dan budaya bagi mencapai matlamat mereka.
Mereka juga akan cuba memaksa orang lain menerima sistem nilai asing mereka,"katanya dan menambah adalah penting bagi rakyat bersatu pada untuk menentang kumpulan ini.


-- Bernama

Minda perlu diasah, takkan pernah lewat asalkan masih bernyawa

Minda perlu dianjak, perlu diasah
jauh melompat lebih daripada katak-katak

jika ingin melompat tinggi,
gunalah ilmu yang tinggi
bukan hanya memungut di tepi-tepi,

buku yang murah, belum tentu murah isinya,
tapi ilmu yang tinggi hanya ada pada tingkat yang teratas.

jasa dan bakti,
hanya ada pada kenangan
buat semua yangt ikhlas,
namun pengorbanan insan
seperti lilin membakar diri
akan kekal selamanya selagi ada bulan dan bintang?
jasa dan bakti
akan hilang
namun ingatan akan kekal
pada perdu helai buku memori
buat yang bergelar orang.

YB BILA MAU MASUK KAMPUNG-JANGAN LAMBAT NANTI ORANG KAMPUNG LUPA...

Sekarang ni keadaan kampung masih macam biasa, masi mcm tahun 50-an juga,
yang berbeza hanyalah pada ASTRO, minuman-dulu minum kopi saja, sekarang ni UP la dikit2, 3-in-1 sudah, bukan sebab kopi nda bagus, cuma gula susah la mau dapat, lagipun orang kampung suka betul dengan kempen kerajaan kurangkan gula tu, dulu-dulu minum kopi gula 4,5 sudu, kaw2 punya, sekarang minum kopi 3-in-1, gula icing la, itu pun dikit2 saja sebab takut kena kencing manis.

Air? biasalah air sungai itu pun ok juga, oleh sebab air sungai kuning, kopi pun jimat, taruh dikit2 saja, asalkan ada bau2 kopi saja.kalau buat milo lagi bagus, air sungai taruh gula icing saja, best. YB cubalah...

Ada hari tu YB datang, promosi Nanas Kelompok tapi nda jadi, entahlah...yb ada baca draf perjanjian ataupun nda sebelum promosi barang.

Kalau malas membaca, mcmana ilmu mau datang?

dulu bagi nasihat jangan malas membaca,...
tapi itu dulu, sebelum jadi yb

Sabtu, 22 Mei 2010

PILIPINA MASIH MENUNTUT SABAH
DOMPOK : STATUS SABAH SERAWAK TAK SAMA – malaysiakini
Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bernard Dompok.
Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia.
"Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di Penampang semalam.
nota:
kesian tengok sabah

kesian tengok serawak

sabah ketika masuk malaysia dahulu

sabah negara terkaya

bila sudah masuk – sabah hari ini termiskin

ini bukan dongeng – sila lihat buku sejarah

iban dan dayak kena kelentong

di serawak kena kelentong oleh melanau

di sabah kena kelentong oleh apno



untuk anak muda yang tidak mengenal sejarah

projek malaysia ialah projek penjajahan baru

malaysia ialah projek british

bung karno menentang projek ini kerana bung karno

menyokong nasionalsima kalimantan.



anak anak muda !



ketahuilah bahawa dalam perlembagaan philipina

sabah adalah sebahagian dari negara phlipina

philipina tidak pernah undur tentang ini

tahun 2010 kesedaran nasionalisma

kalimantan utara muncul kembali

kemana arahnya ? pasti bukan hendak jadi hamba

kepada minoriti melanau keluarga taib mahmud

atau jadi hamba kepada apno

dan pasti 31 ogos bukan hari malaysia

31 ogos ialah hari untuk bangun lambat kah kah kah
 
 
SUMBER:TUKARTIUB

Pemimpin Sabah dan Sarawak perlu sedar...

Inilah yang berlaku apabila pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh masyarakat Sabah dan Sarawak tidak memiliki pengetahuan yang tinggi.

Setakat jaguh kampung,
   jaguh kempen,
      jaguh bersalam,
         jaguh menyanyi,
           jaguh "minum kopi"
 jaguh mengampU

semua itu tidak menjamin hak-hak yang terkandung dalam DRAF PERLEMBAGAAN MALAYA,SABAH,SARAWAK,SINGAPURA dikuatkuasakan.

Aku sedar - sangat sedar, pemimpin-pemimpin di negeriku Sabah tidak kira daripada fahaman apapun hanya tahu untuk menjaga kepentingan masing-masing, (impian) mencari rezeki, kereta, nasi, lauk minuman dengan politik sebagai punca pekerjaan.

Cuma aku terfikir, apakah semua 'rezeki' itu akan kekal dalam simpanan sekiranya nanti - suatu hari nanti hak-hak yang sedikit tinggal ini dirampas oleh orang lain?

Aku berfikir, walau siapapun manusia itu - bugis, philipine, indon, pakistan, bangla, murut, dusun, rungus, tidung, kimaragang, batak, mundu, ilanun, melayu, orang putih, jepun...
siapapun kita, asalkan kuat berusaha, aku akan mengiktiraf manusia itu dan selayaknya mendapat apapun miliknya. Tanah ini sangat luas dan cukup untuk semua insan.

anda bagaimana?

History "was there"














 

MIINTA AMPUN RANJIT - KAU SIAPA?

Dompok: Status Sabah, Sarawak tak sama

Mei 23, 10 7:54am

    Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok.
"Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia.
"Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di Penampang semalam.
Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas isu yang dibangkitkan pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ranjit Singh semasa seminar mengenai polisi awam di sini pada Khamis lalu.
Pensyarah di Kolej Perundangan, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa itu dalam kertas kerjanya bertajuk "Politik dan Polisi Sabah dan Hubungan Persekutuan-Negeri 1963-1995", berkata Sabah dan Sarawak tidak boleh mendakwa Malaysia adalah perkongsian sama rata di antara tiga anggota.
Dompok berkata apabila Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, peruntukan tertentu telah dibuat bagi memastikan hak kedua-dua negeri Borneo itu terpelihara dan terjaga, termasuk sistem pentadbiran dan kuasa ke atas isu-isu berkaitan imigresen.
Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata faktor sejarah telah memberi asas kepada Sabah untuk menikmati kuasa autonomi tertentu berbanding negeri-negeri di Semenanjung.
"Dr Ranjit mengeluarkan pandangan daripada segi akademik," katanya.
"Cabaran di sini bukan saja untuk memahami keunikan di Semenanjung Malaysia tetapi juga untuk masyarakat Semenanjung termasuk pembuat-pembuat keputusan memahami sistem kita (Sabah dan Sarawak)," katanya.
Dengan kata lain kata Masidi, tidak wujud satu polisi yang boleh digunapakai oleh semua
"Polisi mesti dibuat mengikut keperluan di Sabah dan Sarawak," katanya.


- Bernama

Rabu, 19 Mei 2010

BUKAN AMALAN YANG BAIK

"tiba-tiba,ada sudah paip besaa(r) di dapan rumahku"

suatu hari sewaktu aku berjalan melihat pemandangan di kawasan kampung, seorang lelaki, tua memakai pakaian penuh marhaen sedang bercerita dengan Orang Tua. Aku sambil menyapa hormat melintas, perlahan-lahan sambil cuba mendengar inti perbualan mereka. Sambil dengan tiba-tiba lelaki itu menoleh kepadaku, dia meninggikan suara seolah-olah mahu supaya aku turut mendengar luahannya.

Aku lalu menitip senyum, buat keduanya; lelaki itu lmenoleh semula kepada Orang Tua lantas berkata, "anak siapa tu,aku nda pernah nampak, pi beli minuman ka tu ketua?,".

Aku lantas tertawa lalu terfikir, wah..."hebat". Lalu aku menoleh tersenyum.
"atu ya, kuli(h)at ada suda paip besaa(besar) di dapan umah (rumah)", si lelaki berkata lagi.

Lalu aku berfikir sejenak, dan bertanya kepadanya.
"Paip gas pakcik?"
"Auu(betul), besaa(besar)tu wang(Awang), kuliat(aku melihat) kan ditanam, tapi kontrakta (kontraktor) tu bilang hanya kan diampai. Ma'aa (marah) ku wang (Awang), manutup (menutup) pemandangan tu, di dapan umah bah".
"eh, bagus tu pakcik, harganya sebatang ja 38 ribu.buatan luar negara tu, nanti senang pakcik dapat gas, kasi lubang saja tu paip kan".
Lalu pakcik terdiam. Marah.

Aku senyum lalu melangkah.

SUATU PETANG DI SATU MAJLIS SEPI

petang itu, aku hadir di majlis kecil, kata rakanku, atas ajakannya dan lebih kepada memberi muka kepadanya, atas dasar sahabat lama.
saat aku memasuki laman rumah rakan aku ini, terlihat ramai juga, pasti bukan "kecil" jemputannya.
rakanku lantas membawa aku menyapa sekalian jemputannya yang dia katakan hanya teman-teman rapat sahaja, mula-mula aku menyapa rakannya-anak seorang menteri kabinet negeri, ramah-kerana aku juga jemputan, beralih kepada seorang peguam muda yang sedang bercakap penjang tentang undang-undang adat, sedikit terdiam lalu mengelingku saat aku menyapa dan menghulur tangan, dia menyambut, memperkenalkan diri dan tunduk, - melihat penampilanku, aku hanya berselipar. Lalu aku merasa lapang, kerana peguam muda itu terus membelakangiku. Aku tersenyum melihat sekumpulan artis juga jemputan rakanku-juga sahabat-sahabatnya-sedang bercerita tentang seorang artis baharu-mungkin baru terjun ke industri muzik-aku kira. Mungkin bekas penyanyi Broadway. Sambil aku melihat-lihat sekeliling, aku tersedar rakan ku sudah hilang, lalu aku merasa lapang. Begitu ramai manusia popular, yang hidup menjinjing nama, memikul beban semata-mata untuk mencari suapan rezeki.

Perlahan-lahan aku mendekati pintu, lalu keluar sepi. Tanpa menoleh, aku tersenyum kerana antara banyaknya golongan yang ada di dalam laman itu, tidak sedetikpun aku punya angan-angan atau impian.

berjalan perlahan menyedut bayu pinggir hujan batu, aku terlihat sekumpulan anak muda sedang ketawa menikmati teh tarik di gerai tepi jalan. Aku dekati impak aroma teh tarik yang menusuk minda dan tiba-tiba aku terlihat ada juga rakan lama sedang bercerita. Lantas aku mendekati dan menyapa hormat, disediakan tempat lalu aku memesan teh tarik, juga. Dengan hidangan goreng pisang marhaen, aku bertanya kabar, seorang sedang bercuti sebulan-setelah penat lelah menghasilkan filem animasi Walt Disney, wahh...lain pula rakan kecilku, yang lama tidak bersua muka kerana awal terbang ke negeri orang putih menjejak sejarah dan ilmunya, akhirnya kembali setelah berjaya merangkul  Dean's List, dia malu-malu berkata itu, hmm...
anak-anak muda yang hanya tersenyum dan ketawa mendengar,perkumpulan 'aku hanya anak muda' ,  di bawah sinar lampu neon itu bersurai sejurus sebelum azan isya' berkumandang.

aku lupa, ...
gerai itu rupanya juga milik ayah sahabatku, yang malu-malu selepas berkata ..."dean's list..." tapi segak dan bangga mengatakan,

"ini gerai bapak aku tau".
Sambil menepuk-nepuk bahu ayahnya, aku berasa syukur.

saat itu, aku tertawa, lewat janji berkumpul semula esok pagi.

Kampung dan istilah politik parit

Bagaimana untuk membawa minda masyarakat kampung supaya membuang kotak yang menutup pandangan mereka selama ini?

Selagi generasi lama masih ada, masih wujud adalah sukar untuk minda setingkat tinggi bertapak di dalam lingkungan masyarakat.
Kampung Laboi kaya dengan masyarakat berbilang kaum, ras di mana perjumpaan tidak formal yang membincangkan pelbagai perkara, peristiwa seringkali berlaku.

Perkara-perkara kecil, seperti ramalan cuaca sehinggalah isu "besar" seperti kekurangan gula, terjumpa YB di pekan, harga getah kepingan isu politik dan kempen-kempen parti politik, Parit tersembat, kemarau hingga kering anak sungai menjadi pokok perbincangan.
"Lim Kit Siang" kampung, D.O kampung, PM kampung, YB kampung, orang kampung bersidang di tepi jalan, bawah pokok; berteriak-teriak seolah-olah mereka dikelilingi oleh jutaan telinga yang ingin mendengar pendapat 'orang-orang' ini.

Selagi minda masyarakat masih berada di bawah 'bayu' selagi itulah masyarakat akan senang untuk diatur...

Mudah-mudahan generasi baru-orang muda dapat mengubah beban ini dan; beban ini terletak di bahu anak-anak muda. Jadi, anda bagaimana?

Khamis, 6 Mei 2010

pulang

pulanglah wahai insan,
walau perlu merangkak hina
ke daerah asal tanah tumpah
kerana damai ada di situ.

pulanglah wahai sahabat
kerana erti persahabatan telah tersimpul,
di daerah itu.

telah wujud
segala,
tanpa kau merasa asing
berdiri di tanah sendiri
kerana pernah dulu,
darahmu tumpah basah ke bumi
meresap menjadi baja makmur
mencorak jasa taulan
untuk titipan hari esok.


pulanglah walau sekejap

Ahad, 2 Mei 2010

kosong dalam kenangan.

seharian di perdu jalanan bersama angin-angin asing, saat aku mengembara jauh melalui pelbagai daerah.
aku terlihat ada insan yang masih sukar mencapai sebutir nasi, apatah lagi untuk mengenggam sesuap rezeki.

di mana hidup bila semua ini terlalu jelas untuk dipejam?

Jumaat, 23 April 2010

HATI INI

DIA LEBIH DARIPADA ILHAM,
DIA LEBIH DARIPADA KASIH,
DIA LEBIH DARIPADA KATA-KATA.

DIA PENYULUH,
DIA CINTA,
DIA INILAH LANDASAN.

DIA BAPA.

KEPADA SEMUA INSAN YANG RESAH DENGAN DOSA-DOSA.
KEPADA SEMUA HATI YANG LUKA OLEH KETAKUTAN DOSA.
KEPADA SEMUA...

DIA BAPA.

AKU TITIPKAN DOA SEPI AGAR DIA TERUS SEGAR TERSENYUM PADA KERESAHAN.

Isnin, 19 April 2010

KESAH LAMA UNTUK DI INGAT KEMBALI

aku ini binatang jalang...
namun hidup dalam kejujuran.
aku ini pencari sisa,
namun masih punya malu.
memberi itu jalan hidup,
namun meminta aku juga malu.
kadang kala hidup ini sepi,
tapi alam tetap senyum melihat.

aku ini binatang jalang,
seluruh hati penoh dosa.

aku ini pencari sisa,
sampah di buang jadi makanan.

aku ini insan hina,
namun setia mencari ketakwaan.

aku ini kaupandang sisa,
aku setuju kerana semua itu benar.

aku insan pencari sisa,
namun bukan peminta suap!

tingkat tiga

PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU



Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.



Ceritanya bagini:



Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.



Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.



Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.



Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.



Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.



Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.



Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.



Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.



Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.



Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.



Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:



“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”



Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.



Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.



Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.



Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.



Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.



Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.



Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.



Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.



Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.



Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.



Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.



Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.



Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)



( sebarkan lah kesah ini - untuk kita membuat kebaikan)

Rabu, 14 April 2010

himpunan kata untuk jiwa yang resah

pernah dahulu aku diceritakan oleh orang tua, berkenaan dengan kisah para negarawan yang berkorban semata-mata untuk memerdekakan Negara Sabah.
aku teringat bahawa sudah terlalu lama Negara Sabah, tanah tumpah darah ini di cerca dengan pelbagai peristiwa yang menjadikan aku kecewa. sebagai warga yang menduduki sedikit kangkang tanah NT yang diberikan oleh kerajaan: hasil pengorbanan para negarawan ini, aku menjadi kalut.
semua yang berlaku dahulu; peristiwa yang diberitakan oleh orang tua pada ketika aku masih belajar bertatih kini akhirnya mula menampakkan kebenaran.
Kisah-kisah klask, yang menjadi inti nasihat sewaktu mula berkumpul sambil menikmati rezeki hasil korban para negarawan inilah yang aku ingin kongsikan biarpun hanya pada bayu.
Peristiwa atau Tragedi TRIPPLE 6 adalah kisah yang sangat aku ingati sedari aku mula berlari riang di bawah naungan Banjaran Crocker,di sautu desa permai yang dipanggil Kg Entilibon, jauh terlindung daripada arus kemakmuran kemerdekaan.
Orang tua menceritakan tentang inti pati kejadian malang itu;yang akhirnya menamatkan perjuangan para negarawan untuk menjunjung kesucian hak untuk para warga.
Peristiwa yang berlaku sememangnya sudah dijangka oleh para negarawan tersebut; Donald Stephen terutamanya bahawa beliau akan dikuburkan sekiranya tidak bersetuju dengan syarat 5% royalti minyak yang tersimpan di Perut Sabah.
dan jangkaan tersebut memang benar, akhirnya terjadi. Beliau akhirnya terlena bersama-sama dengan anak lelaki pertamanya, serta berisan kabinet Negara Sabah yang berdedikasi semata-mata bekerja untuk membangunkan Negara muda ini.
yang pasti, aku sangat mengingati nama-nama seperti Harris Salleh, Razaleigh Hamzah, Mahathir Mohamad yang telah melakukan perkara malang tersebut. Mereka inilah yang telah merancang untuk membunuh barisan kabinet Negara Sabah sekiranya mereka tidak bersetuju dan menandatangani royalti 5% minyak yang dimuntahkan daripada perut Negara muda ini.
Orang tua juga menceritakan bahawa, sewaktu barisan kabinet Negara muda serta para wakil Petronas serta kerajaan malaysia sudah masuk ke dalam kapal terbang, tiba-tiba Haris Salleh berlari datang ke kapal sambil membawa beg seperti BEG JAMES BOND, meletakkan beg tersebut di dalam kapal lalu memanggil Razaleigh Hamzah keluar dari kapal atas alasan untuk ke kudat, dengan menaiki kapal yang lain.

Razaleigh Hamzah, Haris Salleh tidak bersama-sama dengan barisan kabinet Negara muda untuk balik ke Kota Kinabalu, dan inilah kali terakhir Haris Salleh melihat barisan kabinet Negara muda dalam keadaan bernyawa.
orang tua memberitahu bahawa BEG JAMES BOND yang diletakkan oleh Haris Salleh ke dalam kapal itu, sebenarnya adalah BOM JANGKA.

Bom itu diletakkan ke dalam kapal kerana barisan kabinet Negara muda tidak bersetuju untuk menerima royalti 5% daripada Petronas. bayangkan, anda menyimpan RM1.00 untuk tabung atau bank, tetapi anda hanya mendapat RM0.05 atau 5sen daripada wang yang anda simpan. baki RM0.95 atau 95sen menjadi hak bank.

walau bagaimanapun,BOM JANGKA yang diletakkan oleh Haris Salleh tidak meletup seperti yang dijangkakan, kerana apabila kapal yang dinaiki oleh barisan kabinet Negara muda tiba di lapangan terbang tanjung aru, kapal itu diarahkan oleh menara kawalan untuk membuat pusingan lagi. dan kapal yang memuatkan barisan kabinet Negara muda sempat melakukan pusingan sebanyak 3 kali sebelum akhirnya meletup di ruang udara Sembulan.

orang tua mahu supaya aku mengingati peristiwa TRIPPLE 6; iaitu bahawa Negarawan Sabah telah terkorban semata-mata untuk menjunjung kesucian hak warga Negara Sabah.

aku pasti bahawa Haris Salleh dan Mahathir Mohamad merancang untuk melakukan peristiwa ini. Bahawasanya Razaleigh Hamzah juga mengetahui tentang rancangan tersebut.
Bahawasanya mereka sebenarnya takut untuk melakukan rancangan ini, namun mereka tahu dan pasti melakukannya juga.

oleh itu, aku yakin dan berpendapat, sementara Haris Salleh, Razaleigh Hamzah dan Mahathir Mohamad masih lagi bernyawa ketika ini, alangkah indah jika pihak berkuasa melakukan siasatan yang telus,
kenapa Haris Salleh begitu takut jika Fail Siasatan TRIPPLE 6 dibuka semula?

selagi perkara ini tidak diselesaikan, aku akan terus yakin dan percaya bahawasanya TRIPPLE 6 adalah peristiwa yang dirancang oleh Mahathir Mohamad, Haris Salleh dan Razaleigh Hamzah.
lakukanlah siasatan supaya sekiranya peristiwa ini memang benar suatu kemalangan, aku akhirnya dapat mengubah persepsi yang telah disemai oleh orang tua.

PERJALANAN KEHIDUPAN INI

telah aku melangkah di dalam sinarnya cahaya kasih sayang, namun di sebalik cahaya itu, aku rupanya baharu tersedar akan muslihat sang jalang yang mampu pula untuk hidup damai jauh di tengah-tengah kesucian.

di sebalik semua kejalangan itu, aku baharu tersedar bahawa kadang kala ada sahaja perbuatan aku yang selalu cenderung ke arah sang jalang.

"berkali sudah aku ingatkan,akan ada perbuatan yang jahat di tengah-tengah kesucian", aku teringat pesan.

aku baharu tersedar akan semuanya ini, yang terlalu menusuk liang rohani, memaksa aku terus berasa kecewa.

"apa aku harus lakukan?", aku kecewa.

di dalam perjalanan kehidupan ini, aku telah mengharungi lautan kesucian, sebagai seorang anak yang baik dan mendengar kata. namun aku tahu, semuanya ini heru diterjah untuk bekal di hari esok.
kadang kala aku tersungkur di dada kesangsian, apabila mata ini di kaburi minda yang muda, lewat persoalan yang sukar untuk dicerna.
pernah sekali aku inginkan seseorang untuk diberikan segala impian kasih sayang ini yang aku gilap sedari kecil, namun semuanya yang berlaku, sama ada untuk saat ini, esok dan selamanya tidak akan mampu memuaskan hati aku.
jika demikian terjadi, apakah harus aku bersedia?

Ahad, 11 April 2010

laki-laki yang resah menunggu bayu

sesudah selesai melihat-lihat benang hidup
aku diangkat ke sebuah padang
sungguh terang,indah
saujana mata memandang.

di suatu sudut,
aku terlihat sepohon pokok rendang
yang redup
yang dapat melenyapkan
pancaran cahaya terang
yang membalut seluruh pelusuk padang.

aku melihat di sekeliling,
dan tertanya-tanya,
di mana aku?

lama berdiri, aku mula melangkah malas ke arah pokok rendang itu...

Sabtu, 10 April 2010

PERLARIAN

Tiada tahan
ka-laut kembali, mengembara
chukup asal ada bintang di-langit.



aku ingin tofan gila, awan puteh abu ber-
kejaran

ombak tinggi memegah perkasa
kayu kapal ber-derak2, layar ber-kibar2
angin, teman dan lawan sa-kali, bersiul-suit.

apa di-sini
batu semua !

Ripai Apin
tingkat tiga

Isnin, 5 April 2010

tersepit bayu

sehari di lautan sepi yang kelam, saat aku terkulai basah sendiri di pinggiran. aku malu akan keadaan diri yang tersepit di dahan bayu yang menerjah liang tanpa mampu aku tahan.

keadaan yang sepi inilah yang selalu aku ingat, sedar, juga ingin aku lupakan.

"mana sudah...",aku resah.

kala mata kupejamkan saat di terjah bayu,minda tersimpul mewujudkan impuls damai menerjang kotak hati dan ingatan silam berlari pulang.

"...semua sudah berlaku, aku tidak sekali-kali menyesal.walaupun aku tahu, semua ini melukakan..." , aku tersenyum.

ingatan saat manisnya madu remaja bertaut, lalu aku simpankan semuanya di dalam kotak hati kerana keindahannya, takut terosakkan waktu.

'...hmmm...",

"sudah sampai waktunya barangkali...", aku terlihat cahaya putih berlari.

sayup-sayup aku menjadi alpa, indera mulai layu hingga aku berasa damai.
ingatan saat remaja, ingatan pada segala kelakuan baik, buruk juga pada rakan-rakan saling menerjah menghalang pemandangan.

lalu aku terlena

Khamis, 25 Februari 2010

Khamis, 11 Februari 2010

aku ingin

aku selalu ingin
hidup bertahun dalam bahagia
dijaga selalu oleh tangan orang tua,
tanpa perlu melihat dunia
yang rakus menghisap darah roh.

berbudi kepada alam, damai hidup sejahtera minda

saat aku menyiram bunga pagi ini di taman mini,
aku terfirir bahawa alangkah indah budi bahasa yang ada di dalam bahasa itu sendiri.
kadang kala sukar juga untuk menilai kekuasaan bahasa yang digunakan oleh sesetengah insan.
kadang kala aku dapat melihat rakan-rakan tinggi nilai peribadi kesan penggunaan ayat-ayat dalam berbahasa.
selalau aku tersilap dalam berbahasa, silap menggunakan bahasa pada insan yang aku temui.
kepada rakan-rakan, aku selalu menyanjung tinggi makna kesetiakawan dalam lingkungan persahabatan melalui penggunaan bahasa yang tertinggi.

sesuai dengan keadaan dan makna ayat-ayat, aku belajar untuk menjadi insan yang tahu menghargai.
semoga nilai yang ada(kalau ada) dalam diri ini mampu diserlah sesuai dengan kualiti bahasa yang dituturkan.

bapa ku pernah memberitahu bahawa;

"kalau-lah sukar menabur budi,
cukup-lah sekadar membalas budi,
kalau-lah sukar membalas budi,
cukup-lah sekadar mengenang budi"

koloni semut mabuk

Sesudah King Semut memberikan ucapan, majlis tari-menari bermula. Ehh, rakyat semut, tua-muda-jantan-betina-normal menggoyangkan badan masing-masing mengikut rentak musik.

Asyik sungguh koloni ini berpesta ria, di siang hari-malam-senja-subuh, sungguh riang.

King semut berbaring di singgahsana, menjeling-jeling gelas bambOO yang berwarna hijau pekat...dengan perkataan nyaring PETRONAS!.
Tiba-tiba King semut menghentak tepi singgahsana, lantas mengaummm hinggakan seluruh pekan tambunan bergegar.
Pecah empangan padi, gubuk-gubuk di sunsuron ranap, jalan KK-tambunan runtuh, banjaran crocker turut menerima tempias.
Hanya kerana semut betina lambat menuangkan lihing ke dalam gelas PETRONAS King semut,...

"CUKUP, CUKUP!!!, lima percent saja!" King semut mengaum lagi. Marah sungguh King semut bila semut betina menyedut air tapai lebih daripada lima percent. King semut takut...

Semut betina ketakutan lantas bersembunyi di balik tempayan cina, warisan turun temurun keluarga King semut yang penuh dengan air tapai.
Alangkah riangnya koloni semut ini, hidup bahagia di bawah pemerintahan King semut, yang memberikan kenikmatan tapai, lihing, pusas.
King semut berasa sangat bangga, rakyat semut sangat takut dengannya, lalu King semut mengaummm lagi, hinggakan seluruh jajahannya bergegar.
koloni burung, tupai, landak, payau, seladang, bangau, katak, ayam, semuanya terkedu ketakutan mendengar King semut mengaummm ganas di singgahsananya.
Galak sungguh King semut mengaummmm, ganas dan tiba-tiba melompat tinggi dari singghasana.
King semut menampar semut betina, menerajang semut-semut yang tunduk ketakutan. King semut melihat semua rakyat semut tunduk, diam, seperti anjing.

King semut bangga.

Tiba-tiba King semut teringat akan pencak...jurus maut warisan turun-temurun.Serentak itu, King semut melompat bak peha...lawan, menari-nari menggayakan jurus mautnya, rakyat semut kagum.

Sungguh kagum melihat King semut di singgahsana menarikan pencak ulung.

King semut menutup matanya, fokus!konsentret!...

Lalu King semut melompat tinggi, ganass!!!

Tiba-tiba...King semut mengaummmmmmmm...

Rakyat semut tercengang, ketakutann...dan berasa...

Tempayan cina turun-temurun yang penuh dengan air tapai pecah, dilibas oleh King semut!!!

. . . dan semut-semut mengamuk. rakyat semut ketakutan kerana tanpa tempayan itu, mereka tidak akan mampu membuat air tapai, lihing...
jika air tapai tiada, maka hidup mereka yang aman bahagia musnah.
...semut-semut takut bekerja, takut meninggalkan kehidupan turun-temurun mereka, takut untuk berhadapan dengan koloni biawak, katak, payau, buayaaa.

rakyat semut menangis...