Selasa, 20 Oktober 2009

good nite my kampung...forgot to take my heart back there

try to sleep now...close your eyes..try to think of tomorrow


all the stars wish you goodnite...and im switching off the light

one more hug...one more smile

kiss you once..kiss you twice

i'll be here for a while

try to sleep now

and

close your eeeeeyeeeesss
 

peristiwa KFC 2

selepas itu, rupa2nya ada lagi seorang Hamba yang tidak berputus asa. Hamba ini mengambil jalan lebiih baik, dengan melaporkan kepada pihak polis tentang keadaan si ibu dengan anak2nya. Pada malam itu juga, pihak polis datang ke tempat si ibu sedang tidur, di kaki lima kedai. Kesian, anak yang paling kecil rupa-rupanya basah terkena hujan. Aku berasa terlalu sedih, kecewa dengan keadaan seperti itu, berlaku di hadapan mata.Sambil bertanya di dalam hati, "kenapa aku tidak mampu membantu ibu dan anak-anaknya ini?".


Pihak polis mengambil ibu dan keluarganya dengan tujuan membantu mereka, memberikan tempat perlindungan yang lebih baik. Syukur tuhan, kerana pada saat seperti ini, masih ada yang sedia membantu. Syukur, bukan semua orang yang bergelar polis itu sama seperti KPN.

Selama beberapa hari, aku dan rakan-rakan banyak berbincang tentang kejadian tersebut sambil cuba mencari puncanya.

Petang tadi, aku singgah di kfc, bersama rakan-rakan. Sambil tujuan utama untuk bertanya apa yang sebenarnya berlaku kepada si ibu dan keluarganya.

Akhirnya aku mendapat ceritanya. Rupa-rupanya si ibu dan anak-anaknya dihalau oleh suaminya/bapa kepada anak-anak malang itu. Si ibu dipukul dengan teruk, dan yang lebih mengecewakan aku adalah...

anak perempuan yang istimewa itu telah dirogol oleh si bapa. Mungkin si ibu marah kerana perbuatan si bapa, lalu mereka dihalau.

aku insaf, sesungguhnya kejadian itu terlalu berat untuk aku lihat, apatah lagi untuk aku hadapi, pikul...syukur tuhan, engkau berikan kami pergalaman yang sangat berharga, sebagai panduan dan mengajar kami erti perikemanusiaan, Aku lebih bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang terbaik.

peristiwa KFC

petang tadi, aku makan kfc dengan kwn2. setiba di kedai, ada sekeluarga baru selesai makan (mungkin), sedang keluar daripada kedai, aku melihat anaknya ramai, masih kecil belaka, seorang anak lelaki (malang, dia istimewa), begitu juga anak perempuannya (juga istimewa), ada seorang lagi dipangkuan si ibu, seorang anak perempuan lagi menarik2 baju ibunya, lagi seorang (anak lelaki) berjalan malas2. kami beri lalu kepada keluarga ini...sambil menjamu daging ayam aku mencuci mata, kebetulan ada sekeluarga juga menjamu selera betul2 di hadapan meja, rezeki mungkin kerana dua orang anak gadisnya merenung dan tersenyum2, seorang bertudung yang satu lagi panjang rambutnya. manis...aku senyum tapi dia tersipu. aku senyum pada yang satu lagi, dia senyum tapi turut tersipu... siap makan kami lepak sekejap di tepi jalan, duduk sambil kwn menjamu rokok..ada yang melintas sambil menjeling, mungkin kami tidak seperti mereka... maklum insan marhaen. tiba2 kami mendengr tangisan anak, bukan seorang tapi berorang2 datangya dari lorong di sebelah kami. lalu kami melihat, rupanya si ibu dengan anak2nya sedang duduk bersama. melihat insan seperti itu, sendirian, kami lekas memberikan bantuan sekadar mampu. aku rapat kepada si ibu, menyapa sopan lalu bertanya kenapa begini. tapi si ibu diam hanya menggeleng kepala. aku melihat si ibu tunduk, anak perempuan di pangkuannya, mungkin dalam lingkungan 6 bulan sedang menangis lebat. begitu juga anak2 yang lain. aku tahu mereka lapar. naluri manusia, berdosa atau suci, tetap dibaluti oleh perasaan kasih sayang. namun bantuan tidak diterima oleh si ibu. lama dipujuk tapi hatinya keras mengatakan tidak. aku melihat ada 2 orang lagi anak muda, dua2nya pekerja kfc,(daripada bajunya),rupanya turut membantu, tapi si ibu tidak terbuka. seorang daripada anak muda itu memberitahu, sedari jam 5pm lagi dia cuba membantu keluarga itu, tapi tidak berhasil, namun dia tetap di sana, berusaha..untuk membantu. aku bertanya si ibu mengapa jadinya begini, ...lama dia termenung lalu berkata kerajaan tipu, kerajaan tipu. diulang2nya ayat itu tapi aku tidak faham...aku bertanya di mana rumahnya, dia tunjukkan rumput dan kaki lima, aku bertanya mana tidurnya, dia tunjuk tepi jalan, rumput, kaki lima.


lama kami cuba memujuk tapi si ibu tetap berkeras. bila kita cuba membantu, biarlah bantuan itu seikhlasnya. aku teringat pesan bapa, bahawa manusia...seteruk manapun dia, atau betapa malangnya hidup, dia masih ingin dihormati.. manusia mempunyai kehormatan. punya harga diri, punya nilai dan akal budi. aku melangkah, menjauh...terasa puas di hati kerana niat...tapi saat ini, aku terganggu oleh peristiwa itu..lebih daripada itu, aku bersyukur,masih banyak lagi anak muda yang bermaruah, punya harga diri, punya kasih sayang, walau hanya insan marhaen. terima kasih kawan. aku bersyukur kerana punya kwn seperti dirimu. terima kasih, engkau mengajar aku tentang erti hati, juga mengingatkan aku tentang pesan bapa.selamat malam semua.

Buah-buahan tradisional di Kampung Laboi










Buah-buahan tradisional di Kampung Laboi

1. Surapit

Buah Surapit, pertama sekali penulis diperkenalkan oleh rakan-rakan sewaktu sedang berkumpul bersama-sama menunggu Pembeli Getah LIGS, iaitu kira-kira 10 tahun yang lalu. Buah Surapit ini (sila lihat gambar) merupakan buah-buahan tradisional yang terdapat di Kampung Laboi.

Walau bagaimanapun, pada masa kini jarang sekali penulis melihat buah ini dimakan, apatah lagi dijual di tamu-tamu. Pokok buah Surapit ini tergolong dalam keluarga pokok menjalar. Biasanya, pokok Surapit ini menjalar di pokok-pokok seperti getah, kayu renek dan kadangkala di pokok Bambangan. Buahnya berwarna kekuning-kuningan, dan apabila masak menjadi kuning-kemerah-merahan.
Rasa buahnya juga sedikit kelat dan masam manis. Biji buah Surapit besar, membuat si pemakan berasa kurang selesa untuk memakan buah ini. Pada zaman dahulu, (sekitar tahun 1960-an), buah Surapit dijual di tamu-tamu, namun kini buah Surapit tidak lagi menjadi perhatian masyarakat.







2. Tampoi

Buah Tampoi juga merupakan salah satu buah tradisional. Rasanya manis, enak tetapi kurang lembut. Isinya berwarna putih, dan bijinya besar, menyebabkan si pemakan berasa susah untuk menikmati buah ini. Pada masa kini, buah Tampoi juga tidak lagi menjadi perhatian masyarakat, mungkin kerana Pokok Buah Tampoi tidak lagi ditanam oleh masyarakat kita. Walau bagaimanapun, penulis melihat potensi buah tradisional ini untuk dijadikan sebagai salah satu produk komersil sekiranya terdapat R&D oleh pihak-pihak tertentu. Hal ini kerana, isinya yang manis, kulitnya yang keras dan tebal berpotensi untuk dijadikan “junk food”, jeruk dan sebagainya.

3. Cempedak

Cempedak merupakan buah tradisional yang kekal relevan kepada masyarakat kita pada masa kini. Buahnya yang manis, lemak, lembut dan bau harum menjadikannya buah tradisional yang masih menjadi kegemaran masyarakat. Selain itu, buah Cempedak juga telah mengalami transformasi daripada segi R&D.



4. Arui-arui


Buah Arui-arui merupakan sejenis buah hutan, pokok buah Arui-arui ini tergolong dalam keluarga pokok renek. Biasanya, buah Arui-arui digunakan dalam masakan, kerana rasanya yang sangat masam. Masyarakat menggunakan buah Arui-arui untuk memasak masakan seperti sup ikan, jeruk, dan sebagainya. Permintaan untuk buah Arui ini masih lagi tinggi, terutama buah Arui-arui yang telah diproses. Biasanya, buah Arui-arui ini dijemur di bawah terik matahari untuk dikeringkan. Selepas diproses, buah Arui-arui boleh disimpan untuk suatu jangka masa yang lama.


5. Rambai


Buah Rambai juga merupakan buah tradisional. Pada zaman dahulu, buah Rambai begitu diminati oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, kini buah Rambai tidak lagi dipedulikan oleh sebahagian besar masyarakat.
Hal ini terjadi kerana buah Rambai mempunyai rasa yang kurang enak, terutama buahnya yang masam-manis, bijinya besar dan susah untuk dipisahkan antara isi dengan bijinya. Seringkali si pemakan akan tertelan bijinya sekali sewaktu memakan buah Rambai.

Walau bagaimanapun, penulis pernah melihat buah Rambai ini dijual di tamu-tamu mingguan.











6. Bambangan

Buah Bambangan masih lagi popular di kalangan masyarakat, malahan permintaannya tinggi setiap kali musim buah tiba. Terdapat banyak jenis buah Bambangan, sama ada besar, kecil, manis, masam dan sebagainya. Buah Bambangan yang manis biasanya dimakan, manakala buah yang masam dijadikan Jeruk Bambangan.