Selasa, 20 Oktober 2009

peristiwa KFC

petang tadi, aku makan kfc dengan kwn2. setiba di kedai, ada sekeluarga baru selesai makan (mungkin), sedang keluar daripada kedai, aku melihat anaknya ramai, masih kecil belaka, seorang anak lelaki (malang, dia istimewa), begitu juga anak perempuannya (juga istimewa), ada seorang lagi dipangkuan si ibu, seorang anak perempuan lagi menarik2 baju ibunya, lagi seorang (anak lelaki) berjalan malas2. kami beri lalu kepada keluarga ini...sambil menjamu daging ayam aku mencuci mata, kebetulan ada sekeluarga juga menjamu selera betul2 di hadapan meja, rezeki mungkin kerana dua orang anak gadisnya merenung dan tersenyum2, seorang bertudung yang satu lagi panjang rambutnya. manis...aku senyum tapi dia tersipu. aku senyum pada yang satu lagi, dia senyum tapi turut tersipu... siap makan kami lepak sekejap di tepi jalan, duduk sambil kwn menjamu rokok..ada yang melintas sambil menjeling, mungkin kami tidak seperti mereka... maklum insan marhaen. tiba2 kami mendengr tangisan anak, bukan seorang tapi berorang2 datangya dari lorong di sebelah kami. lalu kami melihat, rupanya si ibu dengan anak2nya sedang duduk bersama. melihat insan seperti itu, sendirian, kami lekas memberikan bantuan sekadar mampu. aku rapat kepada si ibu, menyapa sopan lalu bertanya kenapa begini. tapi si ibu diam hanya menggeleng kepala. aku melihat si ibu tunduk, anak perempuan di pangkuannya, mungkin dalam lingkungan 6 bulan sedang menangis lebat. begitu juga anak2 yang lain. aku tahu mereka lapar. naluri manusia, berdosa atau suci, tetap dibaluti oleh perasaan kasih sayang. namun bantuan tidak diterima oleh si ibu. lama dipujuk tapi hatinya keras mengatakan tidak. aku melihat ada 2 orang lagi anak muda, dua2nya pekerja kfc,(daripada bajunya),rupanya turut membantu, tapi si ibu tidak terbuka. seorang daripada anak muda itu memberitahu, sedari jam 5pm lagi dia cuba membantu keluarga itu, tapi tidak berhasil, namun dia tetap di sana, berusaha..untuk membantu. aku bertanya si ibu mengapa jadinya begini, ...lama dia termenung lalu berkata kerajaan tipu, kerajaan tipu. diulang2nya ayat itu tapi aku tidak faham...aku bertanya di mana rumahnya, dia tunjukkan rumput dan kaki lima, aku bertanya mana tidurnya, dia tunjuk tepi jalan, rumput, kaki lima.


lama kami cuba memujuk tapi si ibu tetap berkeras. bila kita cuba membantu, biarlah bantuan itu seikhlasnya. aku teringat pesan bapa, bahawa manusia...seteruk manapun dia, atau betapa malangnya hidup, dia masih ingin dihormati.. manusia mempunyai kehormatan. punya harga diri, punya nilai dan akal budi. aku melangkah, menjauh...terasa puas di hati kerana niat...tapi saat ini, aku terganggu oleh peristiwa itu..lebih daripada itu, aku bersyukur,masih banyak lagi anak muda yang bermaruah, punya harga diri, punya kasih sayang, walau hanya insan marhaen. terima kasih kawan. aku bersyukur kerana punya kwn seperti dirimu. terima kasih, engkau mengajar aku tentang erti hati, juga mengingatkan aku tentang pesan bapa.selamat malam semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan