Rabu, 19 Mei 2010

BUKAN AMALAN YANG BAIK

"tiba-tiba,ada sudah paip besaa(r) di dapan rumahku"

suatu hari sewaktu aku berjalan melihat pemandangan di kawasan kampung, seorang lelaki, tua memakai pakaian penuh marhaen sedang bercerita dengan Orang Tua. Aku sambil menyapa hormat melintas, perlahan-lahan sambil cuba mendengar inti perbualan mereka. Sambil dengan tiba-tiba lelaki itu menoleh kepadaku, dia meninggikan suara seolah-olah mahu supaya aku turut mendengar luahannya.

Aku lalu menitip senyum, buat keduanya; lelaki itu lmenoleh semula kepada Orang Tua lantas berkata, "anak siapa tu,aku nda pernah nampak, pi beli minuman ka tu ketua?,".

Aku lantas tertawa lalu terfikir, wah..."hebat". Lalu aku menoleh tersenyum.
"atu ya, kuli(h)at ada suda paip besaa(besar) di dapan umah (rumah)", si lelaki berkata lagi.

Lalu aku berfikir sejenak, dan bertanya kepadanya.
"Paip gas pakcik?"
"Auu(betul), besaa(besar)tu wang(Awang), kuliat(aku melihat) kan ditanam, tapi kontrakta (kontraktor) tu bilang hanya kan diampai. Ma'aa (marah) ku wang (Awang), manutup (menutup) pemandangan tu, di dapan umah bah".
"eh, bagus tu pakcik, harganya sebatang ja 38 ribu.buatan luar negara tu, nanti senang pakcik dapat gas, kasi lubang saja tu paip kan".
Lalu pakcik terdiam. Marah.

Aku senyum lalu melangkah.

SUATU PETANG DI SATU MAJLIS SEPI

petang itu, aku hadir di majlis kecil, kata rakanku, atas ajakannya dan lebih kepada memberi muka kepadanya, atas dasar sahabat lama.
saat aku memasuki laman rumah rakan aku ini, terlihat ramai juga, pasti bukan "kecil" jemputannya.
rakanku lantas membawa aku menyapa sekalian jemputannya yang dia katakan hanya teman-teman rapat sahaja, mula-mula aku menyapa rakannya-anak seorang menteri kabinet negeri, ramah-kerana aku juga jemputan, beralih kepada seorang peguam muda yang sedang bercakap penjang tentang undang-undang adat, sedikit terdiam lalu mengelingku saat aku menyapa dan menghulur tangan, dia menyambut, memperkenalkan diri dan tunduk, - melihat penampilanku, aku hanya berselipar. Lalu aku merasa lapang, kerana peguam muda itu terus membelakangiku. Aku tersenyum melihat sekumpulan artis juga jemputan rakanku-juga sahabat-sahabatnya-sedang bercerita tentang seorang artis baharu-mungkin baru terjun ke industri muzik-aku kira. Mungkin bekas penyanyi Broadway. Sambil aku melihat-lihat sekeliling, aku tersedar rakan ku sudah hilang, lalu aku merasa lapang. Begitu ramai manusia popular, yang hidup menjinjing nama, memikul beban semata-mata untuk mencari suapan rezeki.

Perlahan-lahan aku mendekati pintu, lalu keluar sepi. Tanpa menoleh, aku tersenyum kerana antara banyaknya golongan yang ada di dalam laman itu, tidak sedetikpun aku punya angan-angan atau impian.

berjalan perlahan menyedut bayu pinggir hujan batu, aku terlihat sekumpulan anak muda sedang ketawa menikmati teh tarik di gerai tepi jalan. Aku dekati impak aroma teh tarik yang menusuk minda dan tiba-tiba aku terlihat ada juga rakan lama sedang bercerita. Lantas aku mendekati dan menyapa hormat, disediakan tempat lalu aku memesan teh tarik, juga. Dengan hidangan goreng pisang marhaen, aku bertanya kabar, seorang sedang bercuti sebulan-setelah penat lelah menghasilkan filem animasi Walt Disney, wahh...lain pula rakan kecilku, yang lama tidak bersua muka kerana awal terbang ke negeri orang putih menjejak sejarah dan ilmunya, akhirnya kembali setelah berjaya merangkul  Dean's List, dia malu-malu berkata itu, hmm...
anak-anak muda yang hanya tersenyum dan ketawa mendengar,perkumpulan 'aku hanya anak muda' ,  di bawah sinar lampu neon itu bersurai sejurus sebelum azan isya' berkumandang.

aku lupa, ...
gerai itu rupanya juga milik ayah sahabatku, yang malu-malu selepas berkata ..."dean's list..." tapi segak dan bangga mengatakan,

"ini gerai bapak aku tau".
Sambil menepuk-nepuk bahu ayahnya, aku berasa syukur.

saat itu, aku tertawa, lewat janji berkumpul semula esok pagi.

Kampung dan istilah politik parit

Bagaimana untuk membawa minda masyarakat kampung supaya membuang kotak yang menutup pandangan mereka selama ini?

Selagi generasi lama masih ada, masih wujud adalah sukar untuk minda setingkat tinggi bertapak di dalam lingkungan masyarakat.
Kampung Laboi kaya dengan masyarakat berbilang kaum, ras di mana perjumpaan tidak formal yang membincangkan pelbagai perkara, peristiwa seringkali berlaku.

Perkara-perkara kecil, seperti ramalan cuaca sehinggalah isu "besar" seperti kekurangan gula, terjumpa YB di pekan, harga getah kepingan isu politik dan kempen-kempen parti politik, Parit tersembat, kemarau hingga kering anak sungai menjadi pokok perbincangan.
"Lim Kit Siang" kampung, D.O kampung, PM kampung, YB kampung, orang kampung bersidang di tepi jalan, bawah pokok; berteriak-teriak seolah-olah mereka dikelilingi oleh jutaan telinga yang ingin mendengar pendapat 'orang-orang' ini.

Selagi minda masyarakat masih berada di bawah 'bayu' selagi itulah masyarakat akan senang untuk diatur...

Mudah-mudahan generasi baru-orang muda dapat mengubah beban ini dan; beban ini terletak di bahu anak-anak muda. Jadi, anda bagaimana?