semua telah bersedia
pada roh yang baru tertiup
pada tanah kecil di sana.
bintang baru di angkasa raya.
ya, aku gembira
kerana tanah itu telah hidup
lalu perlahan membuka matanya
melihat dunia.
yang cerah,dalam
pangkuan seorang petani.
yang buta.
bertongkatkan sebatang cangkul
dia berdiri
tegak di bawah terik matahari
disapa oleh bayu yang ragu.
di depannya,
terbentang duka saujana mata memandang.
mengalirkan titik air mata.
duka itu perlu dijuang
tapi bagaimana?
jika aku,
saat ini berdiri di tempat petani buta,
apakah akan mampu
untuk jiwa ini berdiri?
dan kau,
ya, kau yang berdiri megah di atas sana
celik tertawa memakan derita insan lain,
apa pula jiwamu?