Jumaat, 30 Oktober 2009

ANAK KAMPUNG, masih adakah tempatmu di menara gading?

Merit baru syarat masuk IPTA


Okt 30, 09 4:11pm

LINK BERNAMA
Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan SPM 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini.
"Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dengan A-,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14, katanya.
Beliau berkata, gred 3B ditukar kepada B dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (dua) dan 9G kepada G dengan merit sifar.
Bagaimanapun Dr Radin Umar berkata, kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah.