pertama,
aku melihat angin berlari deras ke arah dia.
lalu,
terbanglah sifatnya yang aku selalu cemburui.
kedua,
dia berdiri segak di hadapan,
tanpa senyum.
ketiga,
dia mula mencapai dunianya,
terbentuk oleh sifat yang selalu, aku cemburui.
keempat,
aku makin cemburu,
melihat dia dikelilingi oleh jutaan peribadi.
kelima,
aku tidak lagi mampu bertahan,
lalu aku mencapai Beretta,
mengisi empat biji BUCK SHOT,
lalu dia jatuh.
akhir,
aku berjumpa dengan dia, semula.
di tepi padang tandus,
dia berdiri sungguh gemilang,
melihat aku kelesuan di padang sepi.
hairan,
aku resah oleh titip doa, yang keluar dari mulutnya.
seolah memberi kekuatan kepadaku,
yang memilih untuk berjalan di padang itu.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan