Nampaknya paip gas sepanjang 310 batu / 500KM telah mula sampai ke tingkat terakhir kelahirannya. Sebatang paip yang panjangnya hampir dengan panjang gerabak treler berharga lebih kurang RM38 - 40 ribu x 500KM pastinya menelan belanja yang sangat tinggi.
Bayangkan sebatang paip yang harganya seperti tersebut di atas digunakan untuk membuat rumah kos rendah / PPRT, berapa banyakkah rumah mampu disiapkan? berapa ramaikah keluarga dapat memiliki tempat berteduh? Mungkin semua penduduk Malaysia khasnya di sabah dan sarawak kaya raya dan tidak lagi memerlukan bantuan daripada kerajaan BN?
Yang amat menyedihkan, penduduk di sabah didesak untuk memilih menggunakan arang batu sebagai sumber tenaga.
Dan yang paling menyedihkan adalah munculnya individu-individu yang menyokong penuh langkah kerajaan tersebut. Di manakah akal fikiran pemimpin kerajaan + individu tersebut?
Pada masa kini, dunia telah mula mengharamkan penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga kerana impak negatifnya terhadap alam sekitar serta manusia. Google-lah kesan penggunaan arang batu seperti di China dan Amerika Syarikat.
Tetapi pemimpin-pemimpin di negara kita masih lagi menyimpan akal fikiran mereka di lutut.
Kenapa begitu? Mungkinkah kerana kantung mereka akan penuh dengan wang hasil titik peluh rakyat?
Nampaknya rakyat akan sekali lagi melihat khazanah alam anugerah tuhan mengalir lesu keluar menuju ke kantung pemimpin. Mungkin akan simpang ke Brunei?sekali lagi?tanya Mahathir-kalau dia tidak lupa!
Tenaga amat penting untuk manusia. Bangunlah dari mimpi dan mula-lah untuk menggunakan tenaga alternatif / alam. Terdapat cahaya matahari untuk diaplikasi, angin, hidro, bio-diesel untuk dirintis, selain menjimatkan penggunaan sumber tenaga sedia kala - iaitu minyak dan gas asli.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan