Ahad, 7 Februari 2010

apa aku buat pagi ini...

aku siram pokok bunga
menggunakan air longkang
kerana air paip tiada.

apa semua ini???

pagi ini

pagi ini sungguh indah,
aku dapat duduk melayan minda
bersama-sama kafein
yang menusuk menjadi...
perkataan!

apa itu suap?

suapan,
adalah perbuatan
memakan,
makanan duniawi...

tapi jika diolah
suapan menjadi tersuap...
apakah ertinya?
tersuap oleh makanan duniawi?
mungkin juga...

tapi aku berfikir,
apa akan jadi
bila tersuap menjadi suap?
S.U.A.P.
s ...aya
u ...lang
a ...malan
p ...emimpin?

mungkinkah ini akan terjadi?

.......

pagi yang telah tiada

di sepanjang jalan menuju ke istana Raja Sulaiman, hamba melihat kekayaan duniawi memeluk setiap insan yang terbuai.
dalam perjalanan penuh malas, hamba dibuai bayu, terjahan menikam liang,

.........

Khamis, 4 Februari 2010

tujuh malam si pendek meredah bukit harapan tanpa berasa haus. dia mendaki penuh nafsu disuluh, disulam cahaya lilin malap. akhirnya si pendek tersembam, kepenatan, kering!
menjadi pendek sedari asal, apalah dayanya melawan matahari.
berjuang dalam dunia sengsara, sudah dia tahu semuanya malap, namun masih si pendek mencuba,
dan akhirnya kecut tersalai.

Khamis, 28 Januari 2010

kehidupan ini sungguh bermakna

kembara ke lautan sepi

aku teringat pernah sekali aku berlari, jauh kembara merenangi lautan sepi, sendiri sahaja menahan pukulan ombak ngeri sengsara.
di kala rimbun laut membadai dada sepi, aku terkesima melihat betapa besar kesengsaraan yang dizahirkan oleh lautan.
apa lagi yang mampu aku lakukan, bertahan tidak hanya merintih saat badai menampar kulit kering hitam.