Khamis, 23 Jun 2011

pilihanraya atau pilihanjalanraya...

sama ada aku, kau atau dia
berdiri dan berlari
saat peha...lawan yang sepatutnya melindungi kita
memaku senjata hasil cukai dan titik peluh

atau
sama ada aku hanya tertawa,
melihat rakan dan saudara berlari lesu
dibanjiri air peluru
tanpa takut menikam nyawa.

sama ada
aku masih mampu menutup
mata sepi dan hanya menangis
kemudian.

sepi dan bisu...

pertama,
aku melihat angin berlari deras ke arah dia.
lalu,
terbanglah sifatnya yang aku selalu cemburui.

kedua,
dia berdiri segak di hadapan,
tanpa senyum.

ketiga,
dia mula mencapai dunianya,
terbentuk oleh sifat yang selalu, aku cemburui.

keempat,
aku makin cemburu,
melihat dia dikelilingi oleh jutaan peribadi.

kelima,
aku tidak lagi mampu bertahan,
lalu aku mencapai Beretta,
mengisi empat biji BUCK SHOT,
lalu dia jatuh.

akhir,
aku berjumpa dengan dia, semula.
di tepi padang tandus,
dia berdiri sungguh gemilang,
melihat aku kelesuan di padang sepi.

hairan,
aku resah oleh titip doa, yang keluar dari mulutnya.
seolah memberi kekuatan kepadaku,
yang memilih untuk berjalan di padang itu.