petang itu, aku hadir di majlis kecil, kata rakanku, atas ajakannya dan lebih kepada memberi muka kepadanya, atas dasar sahabat lama.
saat aku memasuki laman rumah rakan aku ini, terlihat ramai juga, pasti bukan "kecil" jemputannya.
rakanku lantas membawa aku menyapa sekalian jemputannya yang dia katakan hanya teman-teman rapat sahaja, mula-mula aku menyapa rakannya-anak seorang menteri kabinet negeri, ramah-kerana aku juga jemputan, beralih kepada seorang peguam muda yang sedang bercakap penjang tentang undang-undang adat, sedikit terdiam lalu mengelingku saat aku menyapa dan menghulur tangan, dia menyambut, memperkenalkan diri dan tunduk, - melihat penampilanku, aku hanya berselipar. Lalu aku merasa lapang, kerana peguam muda itu terus membelakangiku. Aku tersenyum melihat sekumpulan artis juga jemputan rakanku-juga sahabat-sahabatnya-sedang bercerita tentang seorang artis baharu-mungkin baru terjun ke industri muzik-aku kira. Mungkin bekas penyanyi Broadway. Sambil aku melihat-lihat sekeliling, aku tersedar rakan ku sudah hilang, lalu aku merasa lapang. Begitu ramai manusia popular, yang hidup menjinjing nama, memikul beban semata-mata untuk mencari suapan rezeki.
Perlahan-lahan aku mendekati pintu, lalu keluar sepi. Tanpa menoleh, aku tersenyum kerana antara banyaknya golongan yang ada di dalam laman itu, tidak sedetikpun aku punya angan-angan atau impian.
berjalan perlahan menyedut bayu pinggir hujan batu, aku terlihat sekumpulan anak muda sedang ketawa menikmati teh tarik di gerai tepi jalan. Aku dekati impak aroma teh tarik yang menusuk minda dan tiba-tiba aku terlihat ada juga rakan lama sedang bercerita. Lantas aku mendekati dan menyapa hormat, disediakan tempat lalu aku memesan teh tarik, juga. Dengan hidangan goreng pisang marhaen, aku bertanya kabar, seorang sedang bercuti sebulan-setelah penat lelah menghasilkan filem animasi Walt Disney, wahh...lain pula rakan kecilku, yang lama tidak bersua muka kerana awal terbang ke negeri orang putih menjejak sejarah dan ilmunya, akhirnya kembali setelah berjaya merangkul Dean's List, dia malu-malu berkata itu, hmm...
anak-anak muda yang hanya tersenyum dan ketawa mendengar,perkumpulan 'aku hanya anak muda' , di bawah sinar lampu neon itu bersurai sejurus sebelum azan isya' berkumandang.
aku lupa, ...
gerai itu rupanya juga milik ayah sahabatku, yang malu-malu selepas berkata ..."dean's list..." tapi segak dan bangga mengatakan,
"ini gerai bapak aku tau".
Sambil menepuk-nepuk bahu ayahnya, aku berasa syukur.
saat itu, aku tertawa, lewat janji berkumpul semula esok pagi.