Jumaat, 23 April 2010

HATI INI

DIA LEBIH DARIPADA ILHAM,
DIA LEBIH DARIPADA KASIH,
DIA LEBIH DARIPADA KATA-KATA.

DIA PENYULUH,
DIA CINTA,
DIA INILAH LANDASAN.

DIA BAPA.

KEPADA SEMUA INSAN YANG RESAH DENGAN DOSA-DOSA.
KEPADA SEMUA HATI YANG LUKA OLEH KETAKUTAN DOSA.
KEPADA SEMUA...

DIA BAPA.

AKU TITIPKAN DOA SEPI AGAR DIA TERUS SEGAR TERSENYUM PADA KERESAHAN.

Isnin, 19 April 2010

KESAH LAMA UNTUK DI INGAT KEMBALI

aku ini binatang jalang...
namun hidup dalam kejujuran.
aku ini pencari sisa,
namun masih punya malu.
memberi itu jalan hidup,
namun meminta aku juga malu.
kadang kala hidup ini sepi,
tapi alam tetap senyum melihat.

aku ini binatang jalang,
seluruh hati penoh dosa.

aku ini pencari sisa,
sampah di buang jadi makanan.

aku ini insan hina,
namun setia mencari ketakwaan.

aku ini kaupandang sisa,
aku setuju kerana semua itu benar.

aku insan pencari sisa,
namun bukan peminta suap!

tingkat tiga

PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU



Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.



Ceritanya bagini:



Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.



Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.



Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.



Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.



Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.



Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.



Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.



Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.



Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.



Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.



Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:



“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”



Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.



Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.



Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.



Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.



Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.



Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.



Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.



Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.



Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.



Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.



Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.



Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.



Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)



( sebarkan lah kesah ini - untuk kita membuat kebaikan)

Rabu, 14 April 2010

himpunan kata untuk jiwa yang resah

pernah dahulu aku diceritakan oleh orang tua, berkenaan dengan kisah para negarawan yang berkorban semata-mata untuk memerdekakan Negara Sabah.
aku teringat bahawa sudah terlalu lama Negara Sabah, tanah tumpah darah ini di cerca dengan pelbagai peristiwa yang menjadikan aku kecewa. sebagai warga yang menduduki sedikit kangkang tanah NT yang diberikan oleh kerajaan: hasil pengorbanan para negarawan ini, aku menjadi kalut.
semua yang berlaku dahulu; peristiwa yang diberitakan oleh orang tua pada ketika aku masih belajar bertatih kini akhirnya mula menampakkan kebenaran.
Kisah-kisah klask, yang menjadi inti nasihat sewaktu mula berkumpul sambil menikmati rezeki hasil korban para negarawan inilah yang aku ingin kongsikan biarpun hanya pada bayu.
Peristiwa atau Tragedi TRIPPLE 6 adalah kisah yang sangat aku ingati sedari aku mula berlari riang di bawah naungan Banjaran Crocker,di sautu desa permai yang dipanggil Kg Entilibon, jauh terlindung daripada arus kemakmuran kemerdekaan.
Orang tua menceritakan tentang inti pati kejadian malang itu;yang akhirnya menamatkan perjuangan para negarawan untuk menjunjung kesucian hak untuk para warga.
Peristiwa yang berlaku sememangnya sudah dijangka oleh para negarawan tersebut; Donald Stephen terutamanya bahawa beliau akan dikuburkan sekiranya tidak bersetuju dengan syarat 5% royalti minyak yang tersimpan di Perut Sabah.
dan jangkaan tersebut memang benar, akhirnya terjadi. Beliau akhirnya terlena bersama-sama dengan anak lelaki pertamanya, serta berisan kabinet Negara Sabah yang berdedikasi semata-mata bekerja untuk membangunkan Negara muda ini.
yang pasti, aku sangat mengingati nama-nama seperti Harris Salleh, Razaleigh Hamzah, Mahathir Mohamad yang telah melakukan perkara malang tersebut. Mereka inilah yang telah merancang untuk membunuh barisan kabinet Negara Sabah sekiranya mereka tidak bersetuju dan menandatangani royalti 5% minyak yang dimuntahkan daripada perut Negara muda ini.
Orang tua juga menceritakan bahawa, sewaktu barisan kabinet Negara muda serta para wakil Petronas serta kerajaan malaysia sudah masuk ke dalam kapal terbang, tiba-tiba Haris Salleh berlari datang ke kapal sambil membawa beg seperti BEG JAMES BOND, meletakkan beg tersebut di dalam kapal lalu memanggil Razaleigh Hamzah keluar dari kapal atas alasan untuk ke kudat, dengan menaiki kapal yang lain.

Razaleigh Hamzah, Haris Salleh tidak bersama-sama dengan barisan kabinet Negara muda untuk balik ke Kota Kinabalu, dan inilah kali terakhir Haris Salleh melihat barisan kabinet Negara muda dalam keadaan bernyawa.
orang tua memberitahu bahawa BEG JAMES BOND yang diletakkan oleh Haris Salleh ke dalam kapal itu, sebenarnya adalah BOM JANGKA.

Bom itu diletakkan ke dalam kapal kerana barisan kabinet Negara muda tidak bersetuju untuk menerima royalti 5% daripada Petronas. bayangkan, anda menyimpan RM1.00 untuk tabung atau bank, tetapi anda hanya mendapat RM0.05 atau 5sen daripada wang yang anda simpan. baki RM0.95 atau 95sen menjadi hak bank.

walau bagaimanapun,BOM JANGKA yang diletakkan oleh Haris Salleh tidak meletup seperti yang dijangkakan, kerana apabila kapal yang dinaiki oleh barisan kabinet Negara muda tiba di lapangan terbang tanjung aru, kapal itu diarahkan oleh menara kawalan untuk membuat pusingan lagi. dan kapal yang memuatkan barisan kabinet Negara muda sempat melakukan pusingan sebanyak 3 kali sebelum akhirnya meletup di ruang udara Sembulan.

orang tua mahu supaya aku mengingati peristiwa TRIPPLE 6; iaitu bahawa Negarawan Sabah telah terkorban semata-mata untuk menjunjung kesucian hak warga Negara Sabah.

aku pasti bahawa Haris Salleh dan Mahathir Mohamad merancang untuk melakukan peristiwa ini. Bahawasanya Razaleigh Hamzah juga mengetahui tentang rancangan tersebut.
Bahawasanya mereka sebenarnya takut untuk melakukan rancangan ini, namun mereka tahu dan pasti melakukannya juga.

oleh itu, aku yakin dan berpendapat, sementara Haris Salleh, Razaleigh Hamzah dan Mahathir Mohamad masih lagi bernyawa ketika ini, alangkah indah jika pihak berkuasa melakukan siasatan yang telus,
kenapa Haris Salleh begitu takut jika Fail Siasatan TRIPPLE 6 dibuka semula?

selagi perkara ini tidak diselesaikan, aku akan terus yakin dan percaya bahawasanya TRIPPLE 6 adalah peristiwa yang dirancang oleh Mahathir Mohamad, Haris Salleh dan Razaleigh Hamzah.
lakukanlah siasatan supaya sekiranya peristiwa ini memang benar suatu kemalangan, aku akhirnya dapat mengubah persepsi yang telah disemai oleh orang tua.

PERJALANAN KEHIDUPAN INI

telah aku melangkah di dalam sinarnya cahaya kasih sayang, namun di sebalik cahaya itu, aku rupanya baharu tersedar akan muslihat sang jalang yang mampu pula untuk hidup damai jauh di tengah-tengah kesucian.

di sebalik semua kejalangan itu, aku baharu tersedar bahawa kadang kala ada sahaja perbuatan aku yang selalu cenderung ke arah sang jalang.

"berkali sudah aku ingatkan,akan ada perbuatan yang jahat di tengah-tengah kesucian", aku teringat pesan.

aku baharu tersedar akan semuanya ini, yang terlalu menusuk liang rohani, memaksa aku terus berasa kecewa.

"apa aku harus lakukan?", aku kecewa.

di dalam perjalanan kehidupan ini, aku telah mengharungi lautan kesucian, sebagai seorang anak yang baik dan mendengar kata. namun aku tahu, semuanya ini heru diterjah untuk bekal di hari esok.
kadang kala aku tersungkur di dada kesangsian, apabila mata ini di kaburi minda yang muda, lewat persoalan yang sukar untuk dicerna.
pernah sekali aku inginkan seseorang untuk diberikan segala impian kasih sayang ini yang aku gilap sedari kecil, namun semuanya yang berlaku, sama ada untuk saat ini, esok dan selamanya tidak akan mampu memuaskan hati aku.
jika demikian terjadi, apakah harus aku bersedia?

Ahad, 11 April 2010

laki-laki yang resah menunggu bayu

sesudah selesai melihat-lihat benang hidup
aku diangkat ke sebuah padang
sungguh terang,indah
saujana mata memandang.

di suatu sudut,
aku terlihat sepohon pokok rendang
yang redup
yang dapat melenyapkan
pancaran cahaya terang
yang membalut seluruh pelusuk padang.

aku melihat di sekeliling,
dan tertanya-tanya,
di mana aku?

lama berdiri, aku mula melangkah malas ke arah pokok rendang itu...

Sabtu, 10 April 2010

PERLARIAN

Tiada tahan
ka-laut kembali, mengembara
chukup asal ada bintang di-langit.



aku ingin tofan gila, awan puteh abu ber-
kejaran

ombak tinggi memegah perkasa
kayu kapal ber-derak2, layar ber-kibar2
angin, teman dan lawan sa-kali, bersiul-suit.

apa di-sini
batu semua !

Ripai Apin
tingkat tiga

Isnin, 5 April 2010

tersepit bayu

sehari di lautan sepi yang kelam, saat aku terkulai basah sendiri di pinggiran. aku malu akan keadaan diri yang tersepit di dahan bayu yang menerjah liang tanpa mampu aku tahan.

keadaan yang sepi inilah yang selalu aku ingat, sedar, juga ingin aku lupakan.

"mana sudah...",aku resah.

kala mata kupejamkan saat di terjah bayu,minda tersimpul mewujudkan impuls damai menerjang kotak hati dan ingatan silam berlari pulang.

"...semua sudah berlaku, aku tidak sekali-kali menyesal.walaupun aku tahu, semua ini melukakan..." , aku tersenyum.

ingatan saat manisnya madu remaja bertaut, lalu aku simpankan semuanya di dalam kotak hati kerana keindahannya, takut terosakkan waktu.

'...hmmm...",

"sudah sampai waktunya barangkali...", aku terlihat cahaya putih berlari.

sayup-sayup aku menjadi alpa, indera mulai layu hingga aku berasa damai.
ingatan saat remaja, ingatan pada segala kelakuan baik, buruk juga pada rakan-rakan saling menerjah menghalang pemandangan.

lalu aku terlena