Khamis, 25 Februari 2010

Khamis, 11 Februari 2010

aku ingin

aku selalu ingin
hidup bertahun dalam bahagia
dijaga selalu oleh tangan orang tua,
tanpa perlu melihat dunia
yang rakus menghisap darah roh.

berbudi kepada alam, damai hidup sejahtera minda

saat aku menyiram bunga pagi ini di taman mini,
aku terfirir bahawa alangkah indah budi bahasa yang ada di dalam bahasa itu sendiri.
kadang kala sukar juga untuk menilai kekuasaan bahasa yang digunakan oleh sesetengah insan.
kadang kala aku dapat melihat rakan-rakan tinggi nilai peribadi kesan penggunaan ayat-ayat dalam berbahasa.
selalau aku tersilap dalam berbahasa, silap menggunakan bahasa pada insan yang aku temui.
kepada rakan-rakan, aku selalu menyanjung tinggi makna kesetiakawan dalam lingkungan persahabatan melalui penggunaan bahasa yang tertinggi.

sesuai dengan keadaan dan makna ayat-ayat, aku belajar untuk menjadi insan yang tahu menghargai.
semoga nilai yang ada(kalau ada) dalam diri ini mampu diserlah sesuai dengan kualiti bahasa yang dituturkan.

bapa ku pernah memberitahu bahawa;

"kalau-lah sukar menabur budi,
cukup-lah sekadar membalas budi,
kalau-lah sukar membalas budi,
cukup-lah sekadar mengenang budi"

koloni semut mabuk

Sesudah King Semut memberikan ucapan, majlis tari-menari bermula. Ehh, rakyat semut, tua-muda-jantan-betina-normal menggoyangkan badan masing-masing mengikut rentak musik.

Asyik sungguh koloni ini berpesta ria, di siang hari-malam-senja-subuh, sungguh riang.

King semut berbaring di singgahsana, menjeling-jeling gelas bambOO yang berwarna hijau pekat...dengan perkataan nyaring PETRONAS!.
Tiba-tiba King semut menghentak tepi singgahsana, lantas mengaummm hinggakan seluruh pekan tambunan bergegar.
Pecah empangan padi, gubuk-gubuk di sunsuron ranap, jalan KK-tambunan runtuh, banjaran crocker turut menerima tempias.
Hanya kerana semut betina lambat menuangkan lihing ke dalam gelas PETRONAS King semut,...

"CUKUP, CUKUP!!!, lima percent saja!" King semut mengaum lagi. Marah sungguh King semut bila semut betina menyedut air tapai lebih daripada lima percent. King semut takut...

Semut betina ketakutan lantas bersembunyi di balik tempayan cina, warisan turun temurun keluarga King semut yang penuh dengan air tapai.
Alangkah riangnya koloni semut ini, hidup bahagia di bawah pemerintahan King semut, yang memberikan kenikmatan tapai, lihing, pusas.
King semut berasa sangat bangga, rakyat semut sangat takut dengannya, lalu King semut mengaummm lagi, hinggakan seluruh jajahannya bergegar.
koloni burung, tupai, landak, payau, seladang, bangau, katak, ayam, semuanya terkedu ketakutan mendengar King semut mengaummm ganas di singgahsananya.
Galak sungguh King semut mengaummmm, ganas dan tiba-tiba melompat tinggi dari singghasana.
King semut menampar semut betina, menerajang semut-semut yang tunduk ketakutan. King semut melihat semua rakyat semut tunduk, diam, seperti anjing.

King semut bangga.

Tiba-tiba King semut teringat akan pencak...jurus maut warisan turun-temurun.Serentak itu, King semut melompat bak peha...lawan, menari-nari menggayakan jurus mautnya, rakyat semut kagum.

Sungguh kagum melihat King semut di singgahsana menarikan pencak ulung.

King semut menutup matanya, fokus!konsentret!...

Lalu King semut melompat tinggi, ganass!!!

Tiba-tiba...King semut mengaummmmmmmm...

Rakyat semut tercengang, ketakutann...dan berasa...

Tempayan cina turun-temurun yang penuh dengan air tapai pecah, dilibas oleh King semut!!!

. . . dan semut-semut mengamuk. rakyat semut ketakutan kerana tanpa tempayan itu, mereka tidak akan mampu membuat air tapai, lihing...
jika air tapai tiada, maka hidup mereka yang aman bahagia musnah.
...semut-semut takut bekerja, takut meninggalkan kehidupan turun-temurun mereka, takut untuk berhadapan dengan koloni biawak, katak, payau, buayaaa.

rakyat semut menangis...

selamat pagi sekhalian...

Di-pagi hari,
aku berangkat bekerja,
tampakoleh-ku sa-orang laki2,
me-ngorek2 tong menchari nasi.
sa-pintas hati-ku sedeh,
terasa miskin badan sendiri,
di-tengah kekayaan negeri-nya,
awak menjadi pe-minta2.
lalu mata-ku menoleh ka-badan-nya,
tampak gegap tegoh sa-mata,
tiada chachat membuat chelaka.
hati-ku marah,
orang bagini ta' perlu dikasehani,

di-dunia ini penoh rezeki,
ia tinggal bermalas diri.

-tingkat tiga-

Selasa, 9 Februari 2010

PEKENA hABATUS sAUDA...

> i <

“50 tahun merdeka, aku masih minum air sungai”


Mungkin, aku dicerca oleh belaian memori,sedari aku mula mengenal erti hidup. Saat aku pulang lelah dari sawah lantas terbaring lesu di pangkin gubuk. Syukur, aku masih mampu bernafas. Mentari masih deras menerjah liang roma, menusuk tapi aku tidak bergerak mengalih,mungkin sudah tidak sensitive lagi. Aku membesar bermandikan terik matahari, puas jiwa raga diperah dan aku rela, kerana aku mengerti bahawa aku hidup dibakar terik matahari.

“Syukurlah, hari ini aku…”, kataku menghargai diri.

Aku menutup mata tanda puas, seharian membilas jiwa raga di tanah sekangkang kera, warisan moyang yang tidak pernah lulus permohonan NT, entah bila akan diradu Caterpillar, menunggu detik yang aku sudah jemu memikir,biar lah terjadi aku mengerti,mungkin.

Dan aku terlelap.

> ii <

Bunyi pintu dihempas menyimbah mata, aku tersedar. Aku terlihat angin bernyanyi sepoi melinggukkan dahan-dahan pokok yang mengelilingi gubuk. Lalu aku tersenyum, mungkin geli hati melihat lingguk pepohonan seolah memanggil aku menari dondang. Sekejap deras angin berlari liar lalu hinggap di muka, seolah menampar-nampar lesu pipi. Aku berpaling mencari dinding untuk bersandar.

“Angin barat lagi”.

Aku bangun , angkat sedikit punggung beralih ke kiri lalu bersandar di tepi dinding pangkin gubuk. Mataku berlari-lari melihat daun-daun melayang seolah-olah ditetak angin, terlepas daripada tangkai, lalu terbang sepi meninggalkan dahan tanda sudah selesai berjuang.

“Itulah aku, hidup hanya menunggu…”

“iya, suatu hari nanti”, lalu aku menghela.

Sedang asyik aku menonton lingguk dahan tarap yang berdiri lesu di hadapan gubuk, seekor bengkarung tiba-tiba berlari di tepi pangkin tempat aku bersandar, hampir saja melanggar betis. Aku terkejut melihat bengkarung berlari di lantai pangkin, seolah sudah biasa sangat dengan keadaan gubuk. Aku hairan bila bengkarung itu tidak cepat-cepat lolos tapi berhenti sejenak, betul-betul di tepi betis sebelah kiri, di hujung lantai pangkin gubuk.

“Apa kaumau,itu kaki aku bengkarung, bukan dahan kayu mati”. Lantas aku gerakkan sedikit betis lalu bengkarung pun melompat ke tanah. Perlahan-lahan masuk di bawah timbunan daun tarap yang sudah mati lalu hilang. Aku hairan, bengkarung tadi luar biasa besar, hampir sekali ganda ibu jari tapi ekornya kentot pula.

Meliar-liar mataku mencari kalau-kalau bengkarung muncul semula. Sambil aku mencari,aku terlihat bengkarung sembunyi di balik daun tarap. Sambil melihat aku pula.

“Apa yang kau tengok bengkarung“ sambil aku pun mula seronok melihat bengkarung

> iii <
Senja ini aku terlihat kicauan mentari melilit pepohonan menerjah liang-liang gubuk kecilku. Aku sendirian di pangkin, sedang bayu sepoi membelai wajah, aku terasa damai. Bermandikan peluh hasil perahan terik setelah seharian memulas raga memang memenatkan. Aku teringat batas-batas yang baru digembur, belum disemai bibit. Mungkin aku harus menyemai bibit halia, atau lada padi atau sayur manis.

"ahh, tebu lebih baik...," spontan selepas aku tersedar bahawa gula juga perlu dihasilkan sendiri.

Ahad, 7 Februari 2010

apa aku buat pagi ini...

aku siram pokok bunga
menggunakan air longkang
kerana air paip tiada.

apa semua ini???

pagi ini

pagi ini sungguh indah,
aku dapat duduk melayan minda
bersama-sama kafein
yang menusuk menjadi...
perkataan!

apa itu suap?

suapan,
adalah perbuatan
memakan,
makanan duniawi...

tapi jika diolah
suapan menjadi tersuap...
apakah ertinya?
tersuap oleh makanan duniawi?
mungkin juga...

tapi aku berfikir,
apa akan jadi
bila tersuap menjadi suap?
S.U.A.P.
s ...aya
u ...lang
a ...malan
p ...emimpin?

mungkinkah ini akan terjadi?

.......

pagi yang telah tiada

di sepanjang jalan menuju ke istana Raja Sulaiman, hamba melihat kekayaan duniawi memeluk setiap insan yang terbuai.
dalam perjalanan penuh malas, hamba dibuai bayu, terjahan menikam liang,

.........

Khamis, 4 Februari 2010

tujuh malam si pendek meredah bukit harapan tanpa berasa haus. dia mendaki penuh nafsu disuluh, disulam cahaya lilin malap. akhirnya si pendek tersembam, kepenatan, kering!
menjadi pendek sedari asal, apalah dayanya melawan matahari.
berjuang dalam dunia sengsara, sudah dia tahu semuanya malap, namun masih si pendek mencuba,
dan akhirnya kecut tersalai.