lihatlah sekeliling, lihat betapa banyaknya/ramainya insan yang sengsara, derita semata-mata hidupnya di landasan prinsip.
namun, aku mengerti bahawa setiap prinsip itu adalah asas kepada nilai diri seseorang. semakin teguh prinsip hidup insan itu, semakin tinggilah harga/ nilai dirinya.
dan, nilai diri ini takkan mampu dibeli oleh raja ataupun sultan, apatah lagi pecal/ anjing-anjing kurap di luar sana, yang begitu ramai menunggu di jalanan.
tapi aku juga mengerti betapa akhirnya prinsip-prinsip seperti inilah yang akhirnya akan menentukan bagaimana pengakhiran hidup insan-insan ini.
walau demikian, aku cuba untuk belajar tentang nilai diri, yang menjadi pilihan sedikit insan, namun punya pengertian yang sangat tinggi.
insan-insan ini kerdil fizikal, namun ideologinya merentas angkasa raya.
sebagai insan, kita sendiri mempunyai pilihan ini, sama ada untuk melutut mencium semua hidangan yang ada di depan, atau tegak memilih naluri diri.
ramai memilih untuk mengaut, dan masih ramai yang melihat.
dan aku, kamu dan yang bakal tiba di landasan kehidupan ini, punya hak untuk memilih nilai diri masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan