Ahad, 23 Mei 2010

GULA-GULA

1950-an tiada 1Malaysia namun rakyat bersatu padu, hidup saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain
1990-an rakyat bersatu padu pada WAWASAN 2020

1998 rakyat sedar akan hak

2004 rakyat kembali muhasabah diri

2007 rakyat melihat -luat pada koridor

2008 rakyat bangun menuntut hak

2013 - ?

'1Malaysia rahmat untuk seluruh rakyat'


Mei 22, 10 8:55pm

Konsep 1Malaysia yang diilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu rahmat kepada rakyat di seluruh negara walaupun mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman.
Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak Datuk Seri William Mawan berkata ini kerana konsep itu dapat memastikan seluruh rakyat tidak ketinggalan daripada proses dan program pembangunan negara.
Beliau berkata di bawah gagasan 1Malaysia, mereka yang masih memerlukan bantuan untuk maju dan bergerak seiring dengan yang lain, akan diberi perhatian khusus.
"Inilah 1Malaysia, ia adalah tentang keadilan sosial dan rakyat terutama golongan minoriti di kawasan terpencil diberi perhatian sewajarnya," katanya ketika berucap pada perhimpunan 1Malaysia pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang George Chungut di Pakan dekat Sarikei hari ini.
Mawan seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada percubaan sesetengah pihak yang sengaja berhasrat memecah-belah perpaduan menerusi pelbagai cara.
"Mereka ini adalah orang yang gila kuasa. Mereka tidak akan teragak-agak untuk mengeksploitasi isu kaum, agama dan budaya bagi mencapai matlamat mereka.
Mereka juga akan cuba memaksa orang lain menerima sistem nilai asing mereka,"katanya dan menambah adalah penting bagi rakyat bersatu pada untuk menentang kumpulan ini.


-- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan