aku kenal orang itu, dia dulu pernah, jauh merantau melihat dunia mengutip pengetahuan di pelabuhan sepi. kini orang tua itu kembali, sebagai si tenggang "si tenggang homecoming". alangkah baiknya bila kita mampu mencapai pemikiran sepertinya.
jauh sungguh, berbeza sungguh akal fikiran orang tua itu. betapa jauh pemikirannya dalam melihat setiap perkara, hingga aku kadang kala sepi terkedu.
dia dahulu pernah senyum, senyuman yang wujud daripada gertapan gigi, sungguh asli dan aku tahu, ramai yang mengerti.
namun kini, dia selalu tertawa, ketawa besar-besar hingga kadang kala tersedak. dan aku tahu, itulah ekspresi hati suci kerana, aku kenal orang itu.
ramai memuja pemikirannya, namun lebih ramai memandang sepi, marah dan memandang serong kerana takut. baginya, tiada yang perlu ditakutkan sekiranya kita benar. semua yang kita lakukan mengundang impak, baik dan buruk bergantung kepada penerimaan individu.
terlalu banyak kelebihannya, hingga aku selalu gusar untuk memikirkan kejadian alam.
selalu aku mengharapkan waktu, agar mampu diajar bertatih untuk bekalan ke pelabuhan sepi.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan